Thursday, June 3, 2010

PLAYGIRL~ chapter 1

UiTM....daripada jauh lagi sudah terlihat bangunan SAAS tersergam indah. Joey tak sabar-sabar lagi untuk memulakan pengajiannya di universiti yang agak terkenal di Malaysia itu. Manakan tidak, itu merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang dikhususkan untuk kaum bumiputra.
“Abah, Joey pergi buat pendaftaran dulu ya..” Joey mencium tangan ayahnya. Terasa sedih melihat keadaan ayahnya. Joey tahu ayahnya tidak selesa dengan keadaan sekarang. Sudahlah terpaksa bersusah-payah meminta bantuan saudaranya semata-mata untuk menghantar Joey untk belajar di UiTM, dia pula terpaksa bersesak-sesak dengan orang ramai dalam keadaan panas terik untuk menemani anaknya membuat pendaftaran di kolej.
Joey teringat lagi keadaan dua malam lepas ketika dia dan ayahnya mula-mula sampai di rumah saudara ayahnya. Kebetulan ketika itu saudara ayahnya tiada di rumah, yang tinggal hanyalah keluarga bapa saudaranya itu. Dengan menaiki taxi, mereka tiba di perkarangan rumah bapa saudaranya sekitar pukul 4.30 pagi. Berkali-kali Joey menekan loceng pintu rumah bapa saudaranya, namun tiada jawapan. Telefon yang didail juga tidak dapat dihubungi. Terasa sedih sekali keadaan mereka berdua ketika itu. Kira-kira pukul 7 pagi, barulah mereka dapat masuk ke rumah itu kerana terserempak dengan ibu saudaranya yang hendak membuka pintu pagar rumah.
Kehadirannya ke UiTM pada pagi ini pun atas jasa baik sepupunya yang sudi menghantar dia dan ayahnya ke UiTM.
“Ya..nak buat pendaftaran ke?” Kakak yang berada di kaunter pendaftaran tersenyum memandang Joey yang sudah jauh mengelamun itu.
“Erm...ya..ya....” Joey yang baru tersedar daripada lamunan yang panjang kelihatan teragak-agak menjawab pertanyaan itu.
“Adik ambil borang ini dulu, isi semua yang berkaitan, lepas tu, pulangkan balik kat kaunter pendaftaran ni. Erm, sediakan sekali gambar pasport 2 keping..”
“Okay, terima kasih, kak!”
Selesai membuat pendaftaran dan mengambil kunci bilik, Joey menemani ayahnya menikmati hidangan tengahari di Dataran Cendekia (DC). Kebetulan, ketika tengah menikmati makanan di DC, ayahnya terserempak dengan jiran mereka. Jirannya baru sahaja selesai menghantar anaknya yang juga turut mendaftar di UiTM pada hari tersebut. Setelah selesai menikmati hidangan tengahari, ayahnya telah menumpang kenderaan jiran mereka untuk pulang ke rumah. Setelah ayahnya pulang, hanya tinggal Joey keseorangan di UiTM.
Joey merenung beg pakaian yang dibawanya. Beberapa helai baju dikeluarkan dan dia mula menjalankan tugasnya untuk menyimpan semua baju yang dibawanya ke dalam loker yang disediakan. Joey tidak menghadapi masalah untuk mengemaskan semua baju-bajunya kerana dia sudah biasa tinggal di hostel sebelum ini. Menjelang pukul 5 petang, Joey sudah pun berjaya menyiapkan semua kerja mengemaskan barang-barangnya. Roomatesnya masih lagi bersama dengan family masing-masing. Terasa segan juga bila Joey hendak melakukan aktiviti sehariannya di dalam bilik yang baru dihuninya kerana keluarga roomatesnya yang masih belum pulang turut sama berada di dalam bilik tersebut. Akhirnya, setelah penat mengemaskan barang-barangnya, Joey akhirnya tertidur.
Pagi esoknya, Joey harus mendaftar di bangunan SAAS pula untuk melengkapkan proses pendaftaran pengajiannya di UiTM. Minggu itu agak sibuk bagi pelajar-pelajar yang baru mendaftar pengajian pertama mereka di UiTM.