Tuesday, October 26, 2010

PLAYGIRL~ chapter 5 sambungan

Zarriq mula menghilang. Entah ke mana dia pergi Joey pun tidak pasti. Hanya tinggal dia keseorangan di situ. Beberapa minit kemudian, Zarriq tiba. Di tangannya terdapat sekotak susu dutch lady dan sebungkus roti. Semuanya dihulurkan kepada Joey.
“Thanks..” Joey cepat-cepat mengambil makanan itu. Walaupun cuba dicovernya, Joey gagal memakan roti itu dengan lahap. Dia terlalu lapar.
Akhirnya, habis 5 keping roti dimakannya. Dia mula mengeluarkan sendawa tanda kenyang.
“Opps! Sorry....” Joey tiba-tiba terpandangkan Zarriq di sebelahnya. Terasa segan tiba-tiba apabila mengenangkan perbuatannya sebentar tadi. Mukanya mula merona merah. Alamak!
“Tak ada apa pun. Saya tak nampak. Hahahaa..bukan awak sendawa ke tadi? Opps! Saya tak nampak la...” Zarriq mula menyakatnya kembali.
“Awak ni! Tak apalah...sendawa tu normallah kan.” Joey mula buat-buat muka selamba.
“Memanglah normal. Tapi, takkanlah sampai kuat sangat bunyinya. Macam tak normal je...........” Zarriq sengaja menambahkan rasa segan pada Joey.
“Lalalala....” Joey mula menyanyi untuk menutup rasa malunya. Dia buat-buat pekak terhadap apa yang dikatakan oleh Zarriq. Zarriq hanya tersenyum melihat telatah Joey.
“Erm..Joey, kenapa awak join camping ni? Ni first time kan?” Joey memandang Zarriq. Mulutnya telah berhenti menyanyi secara automatik.
“Bagaimana awak tahu ni first time saya join camping?”
“Well, it’s me....Saya dah selalu sangat join benda-benda macam ni. So, saya kenal benarlah dengan orang yang baru first time join. Lagipun, awak nampak macam teruja sangat like you were new to everything.” Zarriq hanya tersengih. Dia tahu Joey nampak begitu bersemangat ketika mula-mula sampai di kem ini.
“Actually, saya memang dah lama teringin nak join benda-benda macam ni. Saya dah lama minat tapi ayah saya tak bagi join. Dia tetapkan syarat kalau saya nak sangat join, saya kena sampai umur 18 tahun dulu. Anyway, saya sekarang dah sambut anniversary yang ke-18 bulan March lepas.”
“Oh, ya ke? Happy belated to you.. Lepas birthday awak yang ke-18, ayah awak dah tak halang awak langsung ke?” Zarriq semakin seronok mendengar cerita Joey itu. Sangkanya, takkanlah ada orang yang minat camping sampai macam tu sekali. Lagi-lagi perempuan. Dia mula mengagumi Joey.
“Dia tetapkan syarat. Kalau saya nak pergi camping kena bawa seorang kawan perempuan. Yalah saya ni kan anak perempuan dia, takkanlah dia nak lepaskan saya macam tu je. Saya ikut camping ni pun sebab ada Athirah. Nasib baik sepupu saya tu suka join benda-benda macam ni. Kalau tak, tak tahulah sampai bila saya boleh join benda-benda macam ni.”
“Ayah Athirah tak halang pula anak dia join camping?”
“Tak..sebab ayah dia pun minat camping juga. Dia selalu ikut ayah dia camping dari kecil lagi. Ayah dia tak bimbang sangat dengan Athirah. Dia tahu Athirah pandai jaga diri.”
“Oh..menarik juga cerita awak ni. Anyway, saya pula memang minat camping sejak kecil. Sama macam Athirah, saya selalu ikut ayah saya camping dalam hutan. Ayah saya banyak ajar saya tentang cara bercamping dan pantang larang semasa berada di dalam hutan. Dah banyak pengalaman yang saya lalui. Camping ni satu aktiviti yang menarik.” Senyuman Zarriq tak lekang daripada bibirnya. Mungkin terkenangkan saat-saat dia mula mengenal dunia camping. Dia berhenti seketika sebelum menyambung.
“So, Joey.....Welcome to the world of camping, a wild world!” Serentak dengan itu, Zarriq mula mengenyitkan mata kanannya. Joey tersenyum.
“Thanks..”
“Zarriq, datang sini sekejap!” Zarriq berpaling ke belakang. Kelihatan Encik Zamri, renjer hutan yang cukup dikenalinya sedang memandang ke arahnya.
“Ok, tuan. Sekejap ya..” Zarriq memandang Joey dan mula memberi isyarat untuk beredar. Joey sekadar menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Zarriq bangun dan sebelum melangkah pergi, dia sempat berpesan kepada Joey.
“Awak pergilah tidur sekarang. Tak elok duduk kat luar ni sorang-sorang.”
Joey sekadar menganggukkan kepalanya dan bingkas bangun. Dia melangkah ke khemahnya. Beberapa minit kemudian, Joey sudah terbaring di sebelah Athirah. Sepupunya itu masih lagi setia dalam dunia maya. Keadaan dalam khemah itu sungguh tidak selesa. Namun, bagi Joey itu bukan masalah utama untuk dia tidur dengan mudah pada malam itu. Di kepalanya, terlintas wajah ahli keluarganya satu-persatu.
‘Ah, rindunya aku pada familyku. Agaknya macam manalah pendakian pagi esok? Ya Allah, berkatilah keselamatan pendakian kami esok hari...’
Akhirnya, Joey terlena tanpa disedarinya.

PLAYGIRL~ chapter 5

Aktiviti pagi itu diteruskan tepat pukul 9 pagi. Kesemua mereka diberikan sedikit penerangan tentang gua-gua yang akan diterokai sebentar nanti. Mereka juga diberikan sedikit taklimat untuk menjaga etika dan keselamatan ketika berada di dalam gua. Mereka bergerak dalam barisan yang panjang. Dua orang renjer hutan mengiringi kumpulan itu yang seramai 60 orang itu.
Pertama kali menerokai gua-gua di Hutan Lipur Gunung Senyum dan Joey terasa begitu teruja. Terdapat kira-kira lebih 20 buah gua di Hutan Lipur Gunung Senyum. Kebanyakan gua di Gunung Senyum ini masih mengalami proses pertumbuhan stalagmit dan stalaktit. Kawasan hutan lipur ini juga menyimpan pelbagai jenis herba yang mempunyai nilai perubatan komersial. Pagi itu, sambil mendaki gunung, mereka dibawa meneroka beberapa buah gua. Gua pertama yang dimasuki mereka adalah Gua Angin. Setelah memasuki Gua Terang Bulan, Gua Taman Satu & Dua, Gua Silat dan Gua Danau Impian, akhir sekali mereka dibawa menerokai Gua Makam Tok Long. Mereka hanya sempat dibawa menerokai tujuh gua sahaja pada hari tersebut kerana hari telah pun lewat petang. Tak lama lagi senja akan berlabuh.
Setelah keluar daripada Gua Makam Tok Long, mereka meneruskan perjalanan untuk kembali ke tapak perkhemahan. Disebabkan kesuntukan masa, mereka tidak sempat untuk mendaki hingga ke puncak. Aktiviti pendakian telah ditunda ke hari esok.
Akhirnya, setelah penat seharian menerokai gua-gua di gunung senyum itu, Joey telah tertidur begitu sahaja selepas selesai mandi dan solat. Ketika makan malam disediakan, ramai yang menolak untuk makan termasuk Joey. Kebanyakan daripada mereka adalah pertama kali mendaki dan semuanya gara-gara penat menerokai gua sebentar tadi. Ketika jarum jam menginjak ke pukul 3 pagi, Joey tersedar daripada tidur. Perutnya mula berkeroncong minta diisi. Matanya mula melilau mencari Athirah. Niatnya untuk bertanyakan Athirah tentang makanan tiba-tiba mati. Athirah kelihatan sedang lena dalam tidurnya. Tak sampai hati untuk dia mengejutkan Athirah. Joey cuba untuk tidur kembali tetapi gagal. Rasa laparnya makin memuncak. Semua bekalan makanannya ada pada Athirah dan dia tidak tahu di mana Athirah menyimpan junk food miliknya. Akhirnya Joey mengambil keputusan untuk mengambil angin di luar khemahnya.
Dia kesejukan di luar. Joey kembali membuka zip khemahnya untuk mengambil sweater. Setelah memakai sweater, dia mula berjalan-jalan di sekitar tapak perkhemahannya. Tidak jauh daripada khemahnya, dia nampak Zarriq sedang sibuk menyusun kayu api. Dia mula menghampiri Zarriq.
“Awak..erm..Zarriq, awak tak tidur ke?” Zarriq cuma menghadiahkan sebuah senyuman ringkas kepada Joey.
“Saya dah tidur dua jam lepas. Kalau saya tidur sekarang, siapa nanti yang nak jaga keselamatan awak?” Zarriq memulakan idea untuk menyakat Joey.
“Keselamatan saya? Kenapa.........?” Zarriq ketawa melihat kebuntuan Joey. Kelakarlah Joey ni! Mungkin dia masih mamai lagi agaknya.
“Hahaa..tak ada apalah. Maksud saya kalaulah tiba-tiba ada ular ke beruk ke yang tiba-tiba datang ke khemah ni boleh la saya halau. Kalau semua orang tidur, siapa yang nak jaga keselamatan semua orang kat khemah ni?”
Joey mula menganggukkan kepala tanda paham. Tiba-tiba perutnya berbunyi lagi. Dia cepat-cepat menekup perutnya dengan tangan minta agar bunyinya berhenti. Tetapi, wajahnya mula berkerut-kerut kerana terlalu lapar.
“Kenapa dengan awak ni..sakit ke?” Zarriq mula menunjukkan rasa prihatin.
“Tak adalah.......” Joey hanya menggeleng. Mulutnya cuba tersenyum tetapi kedua-dua tangannya masih memegang perutnya.
“Awak tak makan ke tadi?” Joey hanya terseyum menganggukkan kepalanya.
“Sekejap ya..”

PLAYGIRL~ chapter 4 sambungan

Malam itu, selepas makan malam, beberapa orang peserta lelaki pendakian itu telah ditugaskan untuk memastikan keselamatan tapak perkhemahan manakala kebanyakan peserta wanita terus melelapkan mata akibat kepenatan. Daripada jauh, Joey nampak bayangan Zarriq sedang memastikan unggun api yang dibuat tidak padam. Dia mengamati Zarriq daripada jauh. Lelaki itu mempunyai muka yang sempurna, sedap mata memandang walaupun tidaklah terlalu kacak. Badannya agak sasa dan dadanya bidang, mempunyai ketinggian yang digemari oleh kebanyakan gadis, berkulit sawo matang, tapi...apa yang paling menarik perhatian Joey terhadap Zarriq adalah kerana senyumannya dan juga sifatnya yang kelakar. Tanpa sedar, sebuah senyuman mula terukir di bibir Joey. Entah apa yang kelakar apabila memikirkan tentang Zarriq. Tapi, apa yang pasti, dia mula menyenangi Zarriq.
Daripada jauh, Zarriq yang sedang sibuk menyusun kayu pada unggun api terpandangkan Joey yang sedang tersenyum. Mata mereka bertaut. Sebuah senyuman terukir di bibir Zarriq. Ikhlas sekali senyumannya. Dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya, senyuman itu kelihatan begitu manis sekali.
“Joey, cepat la masuk dalam khemah ni. Dah lewat sangat ni. Nantikan kau penat nak lakukan aktiviti pagi esok. Kau tu baru first time join benda-benda macam ni. Aku tahu nanti kalau kau tak cukup tidur, kau akan cepat penat esok.” Suara Athirah tiba-tiba mengejutkan Joey ke alam nyata.
“Okay..kejap lagi aku datang.” Dia memandang ke arah Zarriq sekali lagi. Sambil tersenyum, Joey melambaikan tangannya dan menunjukkan isyarat yang dia ingin tidur. Zarriq hanya mengangguk. Senyuman tak lekang daripada bibirnya.
“Awak, good night. Jumpa esok!” Jerit Joey dan kemudian dia terus membuka pintu khemahnya.
“Okay...sweet dream..!” Kedengaran suara Zarriq daripada jauh.

PLAYGIRL~ chapter 4

“Assalamualaikum semua. Seperti yang dimaklumkan tadi, selepas selesai memasang khemah, kamu semua bolehlah berehat malam ini sebelum aktiviti pagi esok. Esok pagi, tepat pukul 9 saya akan bawa kamu menerokai gua-gua di hutan lipur ini. Terdapat kira-kira 20 buah gua dekat hutan lipur ini. Jadi, aktiviti pagi esok mungkin mengambil masa dalam 6 ke 7 jam. Saya hanya akan bawa awak semua menerokai gua-gua yang terkenal sahaja.” Suara Encik Yazid, renjer hutan di Gunung Senyum ini kedengaran agak lantang. Semua menganggukkan kepala tanda paham.
Senja sudah pun berlabuh ketika Athirah dan beberapa rakan perempuan lain sedang sibuk memasak makanan untuk malam itu. Joey sekadar membantu yang termampu. Dia taklah sehebat Athirah jika di dapur. Apa yang diketahuinya hanyalah masak air dan Maggie jek.
“Joey..” Joey memandang sekeliling cuba mencari pemilik suara yang baru sebentar tadi memanggil namanya. Suaranya sangat familiar tapi siapa ek?
Sebelum dia sempat meneka pemilik suara itu, dia terlihat bayangan Zarriq di depannya yang sedang tersengih.
“Awak cari saya ke?” Senyuman daripada bibir Zarriq tak pernah lekang. Bahkan Zarriq semakin seronok mengusiknya. Apatah lagi apabila melihat wajah Joey yang mula merona merah.
“Erm..awak ni kan comellah.” Kali itu suara Zarriq kedengaran begitu jelas di telinga Joey. Terasa darah panas semakin laju mengalir di wajahnya. Jantungnya mula berdegup kencang apabila Zarriq menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya.
‘Kenapa dengan lelaki ini aku rasa seperti ada sesuatu. Seperti aku terasa ingin selalu menatap wajahnya, mendengar suaranya, melihat senyumannya..’
‘Kenapa dengan lelaki ini, lidahku terasa kelu. Tak mampu untuk ku balas setiap pertanyaannya. Hanya degupan jantung yang makin kuat kedengaran tiap kali aku mendengar suaranya.. Kenapa???’
“Joey....awak mengelamun ke?” Joey yang tersentak apabila namanya dipanggil memandang Zarriq. Dia terasa seperti orang bodoh. Kebingungan sama sekali. Tidak tahu untuk berbuat apa.
“Joey...awak okay?” Pertanyaan Zarriq yang kedua kali tetiba menyedarkan Joey tentang sesuatu. Sejak bila Zarriq memanggilnya Joey? Pelik.
“Awak...err...Zarriq kan? Dari mana awak tahu orang panggil saya ‘Joey’?” Sebuah lagi senyuman manis milik Zarriq dihadiahkan kepada Joey.
‘Argh..kenapa jiwaku semakin bergetar melihat senyumannya?’
“Mestilah saya tahu. Well, tengok kaki laa.. Hahaha..” Serentak itu, gelak ketawa Zarriq mula kedengaran.
“Kaki..jap, nak tengok kaki awak....” Joey berpura-pura menunduk untuk melihat kaki Zarriq.
“Joey, awak ni kelakarlah! Alaa, saya gurau jek. Actually, saya dengar kawan awak, Athirah tu panggil awak Joey. Tu sebab saya pun ikut panggil awak Joey...”
Joey tersenyum.
“Dah agak..” namun suaranya yang tenggelam timbul itu dapat ditangkap oleh Zarriq.
“Hah, apa? Dah agak? Oh, sekarang ni awak saja nak kenakan sayalah ek?”
“Yup, Mr. Zarriq! Awak ingat awak sorang je ke yang boleh kenakan saya...” Serentak dengan itu, tiba-tiba hidungnya ditarik dengan kuat oleh Zarriq.
“Awak!!! Apa awak buat ni?” Joey mula menjerit apabila hidungnya ditarik oleh Zarriq.
“Hah..sekarang saya dah kenakan awak balik!”
Tapi Joey tiba-tiba tersenyum. Dalam kepalanya sudah ada satu rancangan yang tak diketahui oleh Zarriq.
“Awak, cantikkan burung kat atas pokok tu... awak tahu tak itu burung apa? Macam tak pernah lihat je....” Jari telunjuk Joey mula menuding ke arah sebuah pokok yang terletak tidak jauh daripada mereka.
“Awak ni..dah nak malam macam ni manalah nampak burung kat atas pokok.” Zarriq hanya tersengih.
“Alaa, awak ni..takkanlah tengok sekejap pun tak boleh?” mulutnya mula dimuncungkan. Dia berpura-pura merajuk.
“Yelaa..yelaa..mana burung tu?” Kali ini Zarriq turut memandang pokok yang ditunjukkan oleh Joey untuk mencari kelibat burung yang dimaksudkan.
“Tu..tu...” Joey terus menunjuk-nunjuk ke arah pokok itu.
“Mana...?”
“Tuuuuu..........” Serentak dengan itu Joey menarik topi yang dipakai Zarriq ke bawah.
“Hahaha....awak kena lagi dengan saya...!!” Senyuman nakal mula terbit di wajah Joey.
“Okaylah Mr. Zarriq, saya dah lapar ni nak makan dulu. Bye, jumpa lagi..” Hati Joey terasa puas dapat mengenakan Zarriq kali itu. Senyuman tak lekang-lekang daripada wajahnya.

Wednesday, August 18, 2010

PLAYGIRL~ chapter 3 sambungan

“Assalamualaikum..you Joanna kan? my name is Ahmad Zarriq bin Hafis. Just call me Zarriq..” Joey yang agak terkejut dengan sapaan itu hanya memandang Zarriq sekilas. Mukanya terasa merah membara. Tidak pernah seorang lelaki menegurnya begitu. Sebelum ini dia selalu mengelak untuk bercakap dengan seorang lelaki. Tapi, setelah menamatkan persekolahannya, Joanna begitu teringin untuk mengikuti aktiviti camping yang memang merupakan minatnya yang sudah lama terpendam.
“Erm..ya...nama saya Joanna..” Lidahnya terasa kelu untuk meneruskan ayat yang sebaiknya dituturkan ketika menemui kenalan baru. Joey terasa begitu kaku. Tambahan pula, dia hanya keseorangan ketika ini. Sepupunya, Athirah sedang leka memasang tent yang bakal mereka huni bersama-sama dua lagi rakan yang baru dikenalinya.
“Err...awak..saya kena pergi dulu.. Kena tolong kawan saya dirikan khemah.” Serentak dengan itu, Joey terus melangkah menuju ke tempat sepupunya sedang memasang khemah.
Daripada jauh, dia mencuri pandang ke arah Zarriq. Dalam hatinya terdetik, siapa lelaki itu? Kerana terlalu lama memandang Zarriq, Athirah mula menyedari kelakuannya itu.
“Ehem...ehem.. Joey, ko pandang siapa tu?”
Joey yang tersentak tiba-tiba terasa mukanya panas. Mukanya mula merona merah. Serentak itu juga, Zarriq yang sedang bercakap dengan Rozi tiba-tiba tersenyum memandangnya.
'Alamak...kantoi! Malunya...' Joey mula mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
“Eh, mana ada aku pandang sesiapa? Kau ni saja ja ek kenakan aku?” Joey mula membalas pertanyaan Athirah yang tergantung sebentar tadi.
“Mana ada..! aku tak berniat pun nak kenakan kau. Kenapa? Kau terasa ke? Sorry...”
“Joey, aku nak tanya kau something boleh tak?”
“Erm..apa dia?”
“Kau suka lelaki tu ek?” Serentak dengan itu, jari telunjuk Athirah terus menuding ke arah Zarriq yang sedang menyiapkan unggun api kerana tak lama lagi senja akan berlabuh.
“Err....” Suara Joey terhenti di situ. Dia tidak tahu jawapannya. Yang pasti lelaki yang bernama Zarriq itu ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

Wednesday, August 11, 2010

PLAYGIRL~ chapter 3

Hari berganti hari, masa berganti masa dan begitu jugalah dengan hubungan antara Joey dan juga Fazura. Mereka semakin mesra. Hubungan mereka sekarang ini tak ubah seperti adik-beradik. Erra dan Eddy pula sudah memulakan satu hubungan baru. Mereka tak lagi menjadi kawan baik sejak Erra meluahkan perasaannya terhadap Eddy. Sekarang mereka telah pun selamat menjadi pasangan kekasih. Joey hanya menumpang bahagia terhadap kedua-dua rakannya itu.
“Joey, jom pergi Pangkor!” Kenyataan Fazura itu membuatkan Joey tersedak. Hampir tesembur strawberry milk shake yang baru dibelinya sebentar tadi.
“Eh..kau ni biar betul!” Joey membulatkan matanya memandang Fazura yang hanya berwajah selamba.
“Faz...?” Fazura hanya tersengih. Erm..Joey kenal benar dengan perangai gila-gila Fazura yang selalu membuat sesuka hatinya. Tapi, kali ini takkan la sampai ke Pangkor? Joey menggelengkan kepalanya tanda kurang bersetuju dengan tindakan Fazura itu.
“Jom la...aku nampak Kelab Kembara nak adakan ekspedisi ke Pangkor. Pasti best ni kan....! Aku tahu kau pun minat juga dengan benda-benda camping ni kan? Tak payah nak tipu aku laa..hari tu aku nampak album kau penuh dengan gambar-gambar camping..”
Joey terdiam. Dia tidak menyangka yang Fazura akan membangkitkan kisah silamnya. Terus dia teringat akan perkenalan pertamanya dengan seorang lelaki yang bernama Zarriq. Ya..Zarriq sangat meminati aktiviti camping.

Monday, July 5, 2010

PLAYGIRL~ chapter 2

Hari ini merupakan hari pertama Joey memulakan kelasnya untuk course Kejuruteraan Kimia dan Proses di UiTM. Terasa berdebar-debar di dadanya. Semua orang pernah memberitahunya bahawa course kejuruteraan bukanlah suatu bidang yang mudah. Keseorangan, Joey memberanikan diri melangkah kaki ke Menara S&T untuk ke fakultinya, Fakulti Kejuruteraan Kimia. Setiap kali memandang Menara S&T yang tersergam indah, Joey terasa bangga kerana berjaya menjejakkan kaki ke tempat tersebut.
Tiba di foyer fakultinya, Joey tercari-cari kelas yang sepatutnya dia masuki. Semua pelajar sibuk melihat jadual yang terpampang di papan kenyataan yang terletak di foyer fakultinya.
“Hai, saya Zaza..awak pelajar kelas E101 juga ke?” Joey memandang Zaza. Zaza kelihatan agak berkeyakinan terhadap apa yang dilakukan. Jauh sekali jika dibandingkan dengan dirinya itu.
“Er..ya..ya..saya pun daripada kelas tu juga.”
“Jomlah kita cari kelas MKB5-A9-15B ni..Kat mana ek agaknya kelas ni?”
“Entahlah..jomlah kita cari sama-sama.” Sepatah sahaja jawapan yang keluar daripada mulut Joey.
Mereka berdua hampir gagal mencari di mana letaknya kelas tersebut. Namun, mujurlah mereka akhirnya dapat memahami di mana letaknya kelas tersebut. MKB5 itu maksudnya Makmal Komputer yang terletak di blok 5, A9 itulah maknanya makmal komputer itu berada di aras 9, dan 15B itu maksudnya makmal itu terletak di bilik bernombor 15B. Ketika tiba di kelas itu, Puan Rozanna, lecturer yang sepatutnya mengajar AutoCAD sudah pun berada di dalam kelas tersebut. Joey mengambil tempat di sebelah Erra, bakal kawan sekelasnya.
Setelah berkenalan dengan Erra, Joey akhirnya mengetahui yang Erra rupa-rupanya adalah penghuni arasnya. Ketika kelas hampir tamat, tiba-tiba seorang remaja lelaki masuk ke kelas itu dan serentak dengan itu juga Joey baru sahaja menyedari yang remaja lelaki itu adalah bekas rakan sekuliahnya semasa belajar di kolej matrikulasi dahulu.
“Eddy......??” Remaja lelaki itu memandang Joey.
“Joey...kau masuk kelas ni juga ke?” Lelaki yang bernama ‘Eddy’ memandang Joey dengan perasaan yang bercampur-campur antara gembira dan terkejut.
“Erm..ya.. Eh, tak sangka jumpa kau kat sini.”
Bermula daripada detik itu, Joey dan Erra mula menjadi rapat. Mereka selalu bersama-sama ke kelas. Eddy pula selalu menemani mereka berdua ke kelas kerana kolej yang dihuninya, Kolej Perindu terletak hanya beberapa meter daripada kolej yang dihuni oleh Joey dan Erra. Namun, semua itu hanya seketika kerana Joey mula merasakan jurang di antara persahabatan mereka bertiga kerana Joey merasakan yang Erra lebih menyenangi Eddy berbanding dirinya. Dia selalu berasa terasing ketika bersama mereka berdua. Tambahan pula, kedua-duanya mempunyai minat yang sama. Akhirnya, Joey mula mengundurkan diri.
Lama-kelamaan Erra semakin mesra dengan Eddy dan menjadi kawan rapat sementara Joey mula rapat dengan roomatenya, Fazura. Fazura yang merupakan pelajar jurusan sains komputer merupakan seorang yang sangat ceria dan peramah. Walaupun berkulit sawo matang, dia tetap manis menawan. Senyumannya cukup mempesonakan dan dia juga merupakan seorang yang aktif dalam sukan.
Mereka selalu melakukan perkara bersama-sama. Bagi Joey, pada ketika itu dia amat bertuah menemui Fazura kerana mereka mempunyai minat dan perangai yang sama.

Thursday, June 3, 2010

PLAYGIRL~ chapter 1

UiTM....daripada jauh lagi sudah terlihat bangunan SAAS tersergam indah. Joey tak sabar-sabar lagi untuk memulakan pengajiannya di universiti yang agak terkenal di Malaysia itu. Manakan tidak, itu merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang dikhususkan untuk kaum bumiputra.
“Abah, Joey pergi buat pendaftaran dulu ya..” Joey mencium tangan ayahnya. Terasa sedih melihat keadaan ayahnya. Joey tahu ayahnya tidak selesa dengan keadaan sekarang. Sudahlah terpaksa bersusah-payah meminta bantuan saudaranya semata-mata untuk menghantar Joey untk belajar di UiTM, dia pula terpaksa bersesak-sesak dengan orang ramai dalam keadaan panas terik untuk menemani anaknya membuat pendaftaran di kolej.
Joey teringat lagi keadaan dua malam lepas ketika dia dan ayahnya mula-mula sampai di rumah saudara ayahnya. Kebetulan ketika itu saudara ayahnya tiada di rumah, yang tinggal hanyalah keluarga bapa saudaranya itu. Dengan menaiki taxi, mereka tiba di perkarangan rumah bapa saudaranya sekitar pukul 4.30 pagi. Berkali-kali Joey menekan loceng pintu rumah bapa saudaranya, namun tiada jawapan. Telefon yang didail juga tidak dapat dihubungi. Terasa sedih sekali keadaan mereka berdua ketika itu. Kira-kira pukul 7 pagi, barulah mereka dapat masuk ke rumah itu kerana terserempak dengan ibu saudaranya yang hendak membuka pintu pagar rumah.
Kehadirannya ke UiTM pada pagi ini pun atas jasa baik sepupunya yang sudi menghantar dia dan ayahnya ke UiTM.
“Ya..nak buat pendaftaran ke?” Kakak yang berada di kaunter pendaftaran tersenyum memandang Joey yang sudah jauh mengelamun itu.
“Erm...ya..ya....” Joey yang baru tersedar daripada lamunan yang panjang kelihatan teragak-agak menjawab pertanyaan itu.
“Adik ambil borang ini dulu, isi semua yang berkaitan, lepas tu, pulangkan balik kat kaunter pendaftaran ni. Erm, sediakan sekali gambar pasport 2 keping..”
“Okay, terima kasih, kak!”
Selesai membuat pendaftaran dan mengambil kunci bilik, Joey menemani ayahnya menikmati hidangan tengahari di Dataran Cendekia (DC). Kebetulan, ketika tengah menikmati makanan di DC, ayahnya terserempak dengan jiran mereka. Jirannya baru sahaja selesai menghantar anaknya yang juga turut mendaftar di UiTM pada hari tersebut. Setelah selesai menikmati hidangan tengahari, ayahnya telah menumpang kenderaan jiran mereka untuk pulang ke rumah. Setelah ayahnya pulang, hanya tinggal Joey keseorangan di UiTM.
Joey merenung beg pakaian yang dibawanya. Beberapa helai baju dikeluarkan dan dia mula menjalankan tugasnya untuk menyimpan semua baju yang dibawanya ke dalam loker yang disediakan. Joey tidak menghadapi masalah untuk mengemaskan semua baju-bajunya kerana dia sudah biasa tinggal di hostel sebelum ini. Menjelang pukul 5 petang, Joey sudah pun berjaya menyiapkan semua kerja mengemaskan barang-barangnya. Roomatesnya masih lagi bersama dengan family masing-masing. Terasa segan juga bila Joey hendak melakukan aktiviti sehariannya di dalam bilik yang baru dihuninya kerana keluarga roomatesnya yang masih belum pulang turut sama berada di dalam bilik tersebut. Akhirnya, setelah penat mengemaskan barang-barangnya, Joey akhirnya tertidur.
Pagi esoknya, Joey harus mendaftar di bangunan SAAS pula untuk melengkapkan proses pendaftaran pengajiannya di UiTM. Minggu itu agak sibuk bagi pelajar-pelajar yang baru mendaftar pengajian pertama mereka di UiTM.