Monday, July 5, 2010

PLAYGIRL~ chapter 2

Hari ini merupakan hari pertama Joey memulakan kelasnya untuk course Kejuruteraan Kimia dan Proses di UiTM. Terasa berdebar-debar di dadanya. Semua orang pernah memberitahunya bahawa course kejuruteraan bukanlah suatu bidang yang mudah. Keseorangan, Joey memberanikan diri melangkah kaki ke Menara S&T untuk ke fakultinya, Fakulti Kejuruteraan Kimia. Setiap kali memandang Menara S&T yang tersergam indah, Joey terasa bangga kerana berjaya menjejakkan kaki ke tempat tersebut.
Tiba di foyer fakultinya, Joey tercari-cari kelas yang sepatutnya dia masuki. Semua pelajar sibuk melihat jadual yang terpampang di papan kenyataan yang terletak di foyer fakultinya.
“Hai, saya Zaza..awak pelajar kelas E101 juga ke?” Joey memandang Zaza. Zaza kelihatan agak berkeyakinan terhadap apa yang dilakukan. Jauh sekali jika dibandingkan dengan dirinya itu.
“Er..ya..ya..saya pun daripada kelas tu juga.”
“Jomlah kita cari kelas MKB5-A9-15B ni..Kat mana ek agaknya kelas ni?”
“Entahlah..jomlah kita cari sama-sama.” Sepatah sahaja jawapan yang keluar daripada mulut Joey.
Mereka berdua hampir gagal mencari di mana letaknya kelas tersebut. Namun, mujurlah mereka akhirnya dapat memahami di mana letaknya kelas tersebut. MKB5 itu maksudnya Makmal Komputer yang terletak di blok 5, A9 itulah maknanya makmal komputer itu berada di aras 9, dan 15B itu maksudnya makmal itu terletak di bilik bernombor 15B. Ketika tiba di kelas itu, Puan Rozanna, lecturer yang sepatutnya mengajar AutoCAD sudah pun berada di dalam kelas tersebut. Joey mengambil tempat di sebelah Erra, bakal kawan sekelasnya.
Setelah berkenalan dengan Erra, Joey akhirnya mengetahui yang Erra rupa-rupanya adalah penghuni arasnya. Ketika kelas hampir tamat, tiba-tiba seorang remaja lelaki masuk ke kelas itu dan serentak dengan itu juga Joey baru sahaja menyedari yang remaja lelaki itu adalah bekas rakan sekuliahnya semasa belajar di kolej matrikulasi dahulu.
“Eddy......??” Remaja lelaki itu memandang Joey.
“Joey...kau masuk kelas ni juga ke?” Lelaki yang bernama ‘Eddy’ memandang Joey dengan perasaan yang bercampur-campur antara gembira dan terkejut.
“Erm..ya.. Eh, tak sangka jumpa kau kat sini.”
Bermula daripada detik itu, Joey dan Erra mula menjadi rapat. Mereka selalu bersama-sama ke kelas. Eddy pula selalu menemani mereka berdua ke kelas kerana kolej yang dihuninya, Kolej Perindu terletak hanya beberapa meter daripada kolej yang dihuni oleh Joey dan Erra. Namun, semua itu hanya seketika kerana Joey mula merasakan jurang di antara persahabatan mereka bertiga kerana Joey merasakan yang Erra lebih menyenangi Eddy berbanding dirinya. Dia selalu berasa terasing ketika bersama mereka berdua. Tambahan pula, kedua-duanya mempunyai minat yang sama. Akhirnya, Joey mula mengundurkan diri.
Lama-kelamaan Erra semakin mesra dengan Eddy dan menjadi kawan rapat sementara Joey mula rapat dengan roomatenya, Fazura. Fazura yang merupakan pelajar jurusan sains komputer merupakan seorang yang sangat ceria dan peramah. Walaupun berkulit sawo matang, dia tetap manis menawan. Senyumannya cukup mempesonakan dan dia juga merupakan seorang yang aktif dalam sukan.
Mereka selalu melakukan perkara bersama-sama. Bagi Joey, pada ketika itu dia amat bertuah menemui Fazura kerana mereka mempunyai minat dan perangai yang sama.