Tuesday, October 26, 2010

PLAYGIRL~ chapter 5

Aktiviti pagi itu diteruskan tepat pukul 9 pagi. Kesemua mereka diberikan sedikit penerangan tentang gua-gua yang akan diterokai sebentar nanti. Mereka juga diberikan sedikit taklimat untuk menjaga etika dan keselamatan ketika berada di dalam gua. Mereka bergerak dalam barisan yang panjang. Dua orang renjer hutan mengiringi kumpulan itu yang seramai 60 orang itu.
Pertama kali menerokai gua-gua di Hutan Lipur Gunung Senyum dan Joey terasa begitu teruja. Terdapat kira-kira lebih 20 buah gua di Hutan Lipur Gunung Senyum. Kebanyakan gua di Gunung Senyum ini masih mengalami proses pertumbuhan stalagmit dan stalaktit. Kawasan hutan lipur ini juga menyimpan pelbagai jenis herba yang mempunyai nilai perubatan komersial. Pagi itu, sambil mendaki gunung, mereka dibawa meneroka beberapa buah gua. Gua pertama yang dimasuki mereka adalah Gua Angin. Setelah memasuki Gua Terang Bulan, Gua Taman Satu & Dua, Gua Silat dan Gua Danau Impian, akhir sekali mereka dibawa menerokai Gua Makam Tok Long. Mereka hanya sempat dibawa menerokai tujuh gua sahaja pada hari tersebut kerana hari telah pun lewat petang. Tak lama lagi senja akan berlabuh.
Setelah keluar daripada Gua Makam Tok Long, mereka meneruskan perjalanan untuk kembali ke tapak perkhemahan. Disebabkan kesuntukan masa, mereka tidak sempat untuk mendaki hingga ke puncak. Aktiviti pendakian telah ditunda ke hari esok.
Akhirnya, setelah penat seharian menerokai gua-gua di gunung senyum itu, Joey telah tertidur begitu sahaja selepas selesai mandi dan solat. Ketika makan malam disediakan, ramai yang menolak untuk makan termasuk Joey. Kebanyakan daripada mereka adalah pertama kali mendaki dan semuanya gara-gara penat menerokai gua sebentar tadi. Ketika jarum jam menginjak ke pukul 3 pagi, Joey tersedar daripada tidur. Perutnya mula berkeroncong minta diisi. Matanya mula melilau mencari Athirah. Niatnya untuk bertanyakan Athirah tentang makanan tiba-tiba mati. Athirah kelihatan sedang lena dalam tidurnya. Tak sampai hati untuk dia mengejutkan Athirah. Joey cuba untuk tidur kembali tetapi gagal. Rasa laparnya makin memuncak. Semua bekalan makanannya ada pada Athirah dan dia tidak tahu di mana Athirah menyimpan junk food miliknya. Akhirnya Joey mengambil keputusan untuk mengambil angin di luar khemahnya.
Dia kesejukan di luar. Joey kembali membuka zip khemahnya untuk mengambil sweater. Setelah memakai sweater, dia mula berjalan-jalan di sekitar tapak perkhemahannya. Tidak jauh daripada khemahnya, dia nampak Zarriq sedang sibuk menyusun kayu api. Dia mula menghampiri Zarriq.
“Awak..erm..Zarriq, awak tak tidur ke?” Zarriq cuma menghadiahkan sebuah senyuman ringkas kepada Joey.
“Saya dah tidur dua jam lepas. Kalau saya tidur sekarang, siapa nanti yang nak jaga keselamatan awak?” Zarriq memulakan idea untuk menyakat Joey.
“Keselamatan saya? Kenapa.........?” Zarriq ketawa melihat kebuntuan Joey. Kelakarlah Joey ni! Mungkin dia masih mamai lagi agaknya.
“Hahaa..tak ada apalah. Maksud saya kalaulah tiba-tiba ada ular ke beruk ke yang tiba-tiba datang ke khemah ni boleh la saya halau. Kalau semua orang tidur, siapa yang nak jaga keselamatan semua orang kat khemah ni?”
Joey mula menganggukkan kepala tanda paham. Tiba-tiba perutnya berbunyi lagi. Dia cepat-cepat menekup perutnya dengan tangan minta agar bunyinya berhenti. Tetapi, wajahnya mula berkerut-kerut kerana terlalu lapar.
“Kenapa dengan awak ni..sakit ke?” Zarriq mula menunjukkan rasa prihatin.
“Tak adalah.......” Joey hanya menggeleng. Mulutnya cuba tersenyum tetapi kedua-dua tangannya masih memegang perutnya.
“Awak tak makan ke tadi?” Joey hanya terseyum menganggukkan kepalanya.
“Sekejap ya..”

No comments:

Post a Comment