Tuesday, October 26, 2010

PLAYGIRL~ chapter 4

“Assalamualaikum semua. Seperti yang dimaklumkan tadi, selepas selesai memasang khemah, kamu semua bolehlah berehat malam ini sebelum aktiviti pagi esok. Esok pagi, tepat pukul 9 saya akan bawa kamu menerokai gua-gua di hutan lipur ini. Terdapat kira-kira 20 buah gua dekat hutan lipur ini. Jadi, aktiviti pagi esok mungkin mengambil masa dalam 6 ke 7 jam. Saya hanya akan bawa awak semua menerokai gua-gua yang terkenal sahaja.” Suara Encik Yazid, renjer hutan di Gunung Senyum ini kedengaran agak lantang. Semua menganggukkan kepala tanda paham.
Senja sudah pun berlabuh ketika Athirah dan beberapa rakan perempuan lain sedang sibuk memasak makanan untuk malam itu. Joey sekadar membantu yang termampu. Dia taklah sehebat Athirah jika di dapur. Apa yang diketahuinya hanyalah masak air dan Maggie jek.
“Joey..” Joey memandang sekeliling cuba mencari pemilik suara yang baru sebentar tadi memanggil namanya. Suaranya sangat familiar tapi siapa ek?
Sebelum dia sempat meneka pemilik suara itu, dia terlihat bayangan Zarriq di depannya yang sedang tersengih.
“Awak cari saya ke?” Senyuman daripada bibir Zarriq tak pernah lekang. Bahkan Zarriq semakin seronok mengusiknya. Apatah lagi apabila melihat wajah Joey yang mula merona merah.
“Erm..awak ni kan comellah.” Kali itu suara Zarriq kedengaran begitu jelas di telinga Joey. Terasa darah panas semakin laju mengalir di wajahnya. Jantungnya mula berdegup kencang apabila Zarriq menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya.
‘Kenapa dengan lelaki ini aku rasa seperti ada sesuatu. Seperti aku terasa ingin selalu menatap wajahnya, mendengar suaranya, melihat senyumannya..’
‘Kenapa dengan lelaki ini, lidahku terasa kelu. Tak mampu untuk ku balas setiap pertanyaannya. Hanya degupan jantung yang makin kuat kedengaran tiap kali aku mendengar suaranya.. Kenapa???’
“Joey....awak mengelamun ke?” Joey yang tersentak apabila namanya dipanggil memandang Zarriq. Dia terasa seperti orang bodoh. Kebingungan sama sekali. Tidak tahu untuk berbuat apa.
“Joey...awak okay?” Pertanyaan Zarriq yang kedua kali tetiba menyedarkan Joey tentang sesuatu. Sejak bila Zarriq memanggilnya Joey? Pelik.
“Awak...err...Zarriq kan? Dari mana awak tahu orang panggil saya ‘Joey’?” Sebuah lagi senyuman manis milik Zarriq dihadiahkan kepada Joey.
‘Argh..kenapa jiwaku semakin bergetar melihat senyumannya?’
“Mestilah saya tahu. Well, tengok kaki laa.. Hahaha..” Serentak itu, gelak ketawa Zarriq mula kedengaran.
“Kaki..jap, nak tengok kaki awak....” Joey berpura-pura menunduk untuk melihat kaki Zarriq.
“Joey, awak ni kelakarlah! Alaa, saya gurau jek. Actually, saya dengar kawan awak, Athirah tu panggil awak Joey. Tu sebab saya pun ikut panggil awak Joey...”
Joey tersenyum.
“Dah agak..” namun suaranya yang tenggelam timbul itu dapat ditangkap oleh Zarriq.
“Hah, apa? Dah agak? Oh, sekarang ni awak saja nak kenakan sayalah ek?”
“Yup, Mr. Zarriq! Awak ingat awak sorang je ke yang boleh kenakan saya...” Serentak dengan itu, tiba-tiba hidungnya ditarik dengan kuat oleh Zarriq.
“Awak!!! Apa awak buat ni?” Joey mula menjerit apabila hidungnya ditarik oleh Zarriq.
“Hah..sekarang saya dah kenakan awak balik!”
Tapi Joey tiba-tiba tersenyum. Dalam kepalanya sudah ada satu rancangan yang tak diketahui oleh Zarriq.
“Awak, cantikkan burung kat atas pokok tu... awak tahu tak itu burung apa? Macam tak pernah lihat je....” Jari telunjuk Joey mula menuding ke arah sebuah pokok yang terletak tidak jauh daripada mereka.
“Awak ni..dah nak malam macam ni manalah nampak burung kat atas pokok.” Zarriq hanya tersengih.
“Alaa, awak ni..takkanlah tengok sekejap pun tak boleh?” mulutnya mula dimuncungkan. Dia berpura-pura merajuk.
“Yelaa..yelaa..mana burung tu?” Kali ini Zarriq turut memandang pokok yang ditunjukkan oleh Joey untuk mencari kelibat burung yang dimaksudkan.
“Tu..tu...” Joey terus menunjuk-nunjuk ke arah pokok itu.
“Mana...?”
“Tuuuuu..........” Serentak dengan itu Joey menarik topi yang dipakai Zarriq ke bawah.
“Hahaha....awak kena lagi dengan saya...!!” Senyuman nakal mula terbit di wajah Joey.
“Okaylah Mr. Zarriq, saya dah lapar ni nak makan dulu. Bye, jumpa lagi..” Hati Joey terasa puas dapat mengenakan Zarriq kali itu. Senyuman tak lekang-lekang daripada wajahnya.

No comments:

Post a Comment