Tuesday, October 26, 2010

PLAYGIRL~ chapter 4 sambungan

Malam itu, selepas makan malam, beberapa orang peserta lelaki pendakian itu telah ditugaskan untuk memastikan keselamatan tapak perkhemahan manakala kebanyakan peserta wanita terus melelapkan mata akibat kepenatan. Daripada jauh, Joey nampak bayangan Zarriq sedang memastikan unggun api yang dibuat tidak padam. Dia mengamati Zarriq daripada jauh. Lelaki itu mempunyai muka yang sempurna, sedap mata memandang walaupun tidaklah terlalu kacak. Badannya agak sasa dan dadanya bidang, mempunyai ketinggian yang digemari oleh kebanyakan gadis, berkulit sawo matang, tapi...apa yang paling menarik perhatian Joey terhadap Zarriq adalah kerana senyumannya dan juga sifatnya yang kelakar. Tanpa sedar, sebuah senyuman mula terukir di bibir Joey. Entah apa yang kelakar apabila memikirkan tentang Zarriq. Tapi, apa yang pasti, dia mula menyenangi Zarriq.
Daripada jauh, Zarriq yang sedang sibuk menyusun kayu pada unggun api terpandangkan Joey yang sedang tersenyum. Mata mereka bertaut. Sebuah senyuman terukir di bibir Zarriq. Ikhlas sekali senyumannya. Dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya, senyuman itu kelihatan begitu manis sekali.
“Joey, cepat la masuk dalam khemah ni. Dah lewat sangat ni. Nantikan kau penat nak lakukan aktiviti pagi esok. Kau tu baru first time join benda-benda macam ni. Aku tahu nanti kalau kau tak cukup tidur, kau akan cepat penat esok.” Suara Athirah tiba-tiba mengejutkan Joey ke alam nyata.
“Okay..kejap lagi aku datang.” Dia memandang ke arah Zarriq sekali lagi. Sambil tersenyum, Joey melambaikan tangannya dan menunjukkan isyarat yang dia ingin tidur. Zarriq hanya mengangguk. Senyuman tak lekang daripada bibirnya.
“Awak, good night. Jumpa esok!” Jerit Joey dan kemudian dia terus membuka pintu khemahnya.
“Okay...sweet dream..!” Kedengaran suara Zarriq daripada jauh.

No comments:

Post a Comment