Thursday, May 3, 2012

PLAYGIRL~ chapter 6 sambungan

“Okay semua. Sila berkumpul di dalam barisan seperti tadi. Kita akan menyambung perjalanan kita sebentar lagi. Sebelum itu, saya mahu kamu semua menjaga kebersihan hutan ini. Sila bawa bersama sampah sarap yang kamu hasilkan. Kita akan buang sampah itu bila pulang ke kem.” Suara Encik Yazid kedengaran memberi arahan.
Peserta-peserta kem itu kembali berada di dalam barisan. Dan sebelum memulakan perjalanan, mereka dipastikan berada dalam bilangan yang cukup seperti mana sebelum memulakan pendakian pagi tadi. Joey dan Athirah masih setia berada di belakang bersama dengan Zarriq.
Pemandangan di tengah-tengah hutan itu sungguh menarik sekali. Semuanya kelihatan hijau. Terdapat juga tumbuhan liar yang unik tumbuh merata. Bunyi burung-burung yang berkicauan terasa menenangkan. Joey menghirup udara segar di dalam hutan itu dengan penuh semangat. Terasa badannya terasa segar kembali setelah berehat sebentar tadi. Dia sudah bersedia untuk menyambung pendakian yang terhenti sebentar tadi.
Perjalanan merentasi hutan lipur itu diteruskan sejurus selepas semua peserta sudah bersedia berada dalam barisan. Joey begitu menghargai setiap pemandangan pada matanya sehingga dia asyik ketinggalan di belakang. Berkali-kali Athirah menegurnya namun Joey masih leka mengagumi keindahan ciptaan tuhan. Zarriq di belakang Joey hanya memerhatikan gelagat Joey yang begitu teruja dengan setiap benda yang berada di depan matanya. Ketika terlalu asyik memerhatikan pohon periuk kera menangkap serangga, tanpa sedar Joey telah ketinggalan agak jauh daripada Athirah yang berada di depannya. Zarriq masih setia berada di belakang Joey untuk memastikan keselamatannya. Dia seronok memerhatikan segala kelakuan Joey.
Menyedari bahawa dia sudah jauh ketinggalan daripada Athirah, Joey kelam kabut. Ketika itu yang jelas di matanya hanyalah Zarriq yang masih setia menunggu di belakangnya. Zarriq hanya berwajah tenang. Dia sudah terlalu biasa dengan keadaan hutan lipur itu. Tidak ada apa yang harus dirisaukan padanya. Joey memandang ke depan. Bayangan Athirah sudah lama hilang.
Joey tidak tentu arah. Di depannya terdapat dua denai yang harus di lalui. Tapi denai mana yang harus dipilihnya? Joey memandang Zarriq. Zarriq hanya tersenyum.
“Awak rasa kita kena lalu jalan yang mana?” Zarriq sekadar menguji Joey. Joey hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya.
“Entah....”
“Macam ni jelah. Saya pun tak biasa dengan hutan ni. Saya ikut sajalah jalan mana yang awak pilih.” Kata-kata Zarriq itu mengejutkan Joey. Dia membulatkan matanya memandang Zarriq.
“Saya yang pilih? Habis kalau sesat nanti bagaimana?”
“Entahlah Joey..sesat pun sesatlah tapi kita kena buat keputusan sekarang juga. Kalau tak, nanti kita terpaksa bermalam kat tengah-tengah hutan ni. Duduk je sini sampai malam dan tunggu orang datang selamatkan. Bagaimana?” Zarriq mula menunjukkan muka serius. Seronok rasanya dapat mempermainkan Joey. Bagi Zarriq, semua selok-belok hutan lipur itu sudah dihafalnya. Kalau tak, mustahillah Encik Zamri memilihnya untuk sama-sama mengawasi keselamatan para peserta pendakian pada hari itu.
Joey kelihatan begitu teragak-agak dengan keputusan Zarriq itu. Dia memandang kedua-dua denai itu. Lama dia merenung ke arah itu. Semuanya seakan kabur. Kepalanya bingung. Entah kenapa hatinya memberontak untuk melalui denai di sebelah kanan. Denai itu kelihatan lebih teruk daripada denai yang sebelah kiri.
“Entah, yang tu kot...” Jari telunjuk Joey menuding ke denai di sebelah kanan.
“Ok, jom!” Ayat yang keluar daripada mulut Zarriq membuatkan Joey tergamam. Semudah itu saja ke Zarriq membuat keputusan? Gila!
“Macam tu je?”
“Macam ape?”
“Macam tu je awak buat keputusan? Ini bukan main-main tau! Ini melibatkan keselamatan kita, keselamatan awak dan saya..”
“Habis tu kita nak tunggu je kat sini sampai malam?” Joey mula mengeluh perlahan. Kata-kata Zarriq itu ada benarnya juga.
“Kenapa mengeluh ni? Awak percayakan saya tak?” Zarriq memandang Joey meminta kepastian. Joey mengangkat mukanya memandang Zarriq. Dia ingin meyakinkan hatinya. Ada rasa ketenangan kala menatap wajahnya. Seakan semua masalah yang menimpa ini tiba-tiba hilang begitu sahaja.
“Okay..Saya percayakan awak.”
Zarriq hanya tersenyum. Dalam hatinya, timbul rasa seronok kerana dapat mempermainkan Joey. Sebenarnya, kedua-dua denai itu menuju ke jalan yang sama cuma denai di sebelah kanan ini agak jauh berbanding denai di sebelah kiri. Sebab itulah denai itu kelihatan jarang digunakan.

No comments:

Post a Comment