Thursday, May 3, 2012

PLAYGIRL~ chapter 7

Sudah 2 jam mereka merentasi denai itu, namun bayang-bayang peserta lain langsung tidak kelihatan. Joey mengeluh kepenatan. Hari sudah agak lewat petang. Tak lama lagi senja akan berlabuh. Zarriq pula tersenyum melihat gelagat Joey yang kepenatan itu. ‘Joey, sabar la sikit. Puncak gunung yang kita nak pergi ni hanya sejam lagi sampai la. Lewat sejam je daripada peserta-peserta lain.’
“Zarriq, kenapa awak senyum-senyum tu? Awak sedar tak yang kita ni tengah ada masalah ni? Kita mungkin sesat kat tengah-tengah hutan ni..”
Zarriq terus lagi tersenyum. Langsung tidak mengendahkan kata-kata Joey. Joey yang tengah kepenatan tu mula terasa bengang dengan sikap Zarriq. Dia memusingkan badannya kepada Zarriq. Entah bagaimana tanpa sedar tempat yang dipijaknya agak licin, tiba-tiba dia tergelincir. Zarriq hanya sempat memaut tangannya. Joey sudah hilang keseimbangan. Dia sudah hampir terjatuh di cerun bukit itu. Badannya hanya bergantung kepada Zarriq. Namun entah bagaimana, tiba-tiba satu dahan patah terjatuh ke atas bahu Zarriq. Dia juga kehilangan imbangan badan. Akhirnya, kedua-dua mereka terjatuh di cerun bukit itu.
Ketika Zarriq membuka kelopak matanya, Joey masih tidak sedarkan diri. Zarriq cuba untuk bangun tetapi badannya masih terasa sakit. Bahu kanannya sedikit terkehel akibat dihempap oleh dahan patah. Kelihatan langit ketika itu sudah diselubungi awan tebal. Itu menandakan tak lama lagi hujan lebat bakal turun ke bumi. “Joey...Joey, bangun..”
Zarriq cuba mengejutkan Joey namun kelihatannya seperti tiada reaksi. Zarriq membuka beg galasnya. Di dalamnya terdapat dua botol air mineral. Satunya masih penuh dan satu lagi hanya tinggal separuh. Dia mengambil air mineral yang sudah tinggal separuh itu dan membuka penutupnya. Dia merenjiskan air ke muka Joey. Joey mula memberikan reaksi. Tak lama kemudian dia membuka matanya.
“Kita kat mana ni..?” Suara Joey kedengaran agak lemah.
“Kita terjatuh kat cerun bukit tadi. Kita kena cepat cari tempat berteduh. Hari nampak sudah semakin gelap. Lagipun ada tanda-tanda bakal hujan.”
Badan Joey terasa sakit-sakit namun digagahkannya juga untuk bangun. Dia tak mahu menyusahkan Zarriq. Mujurlah tidak jauh daripada tempat mereka jatuh tadi terdapat sebuah gua. Joey tidak pasti apakah nama gua tersebut. Yang pastinya mereka dapat berteduh seketika sebelum menanti pagi esok tiba. Dengan keadaan sekarang ni mereka agak mustahil untuk meneruskan perjalanan balik ke kem. Walaupun bahunya sedikit terkehel, namun Zarriq masih cuba membantu Joey bangun.

No comments:

Post a Comment