Thursday, May 3, 2012

PLAYGIRL~ chapter 7 sambungan

Baru sahaja memasuki gua itu, hujan renyai-renyai mulai turun. Joey mencari tempat yang selesa di antara batu-batu gua itu. Dia menyandarkan badannya pada satu sudut di gua itu. Joey mengeluh perlahan. Zarriq hanya diam memperhatikan segala telatah Joey. Dia agak penat ketika ini, badannya terasa sakit-sakit akibat terjatuh daripada cerun bukit tadi. Namun hatinya sedikit terhibur melihat segala perlakuan Joey.
Joey memandang ke luar pintu gua, hujan renyai-renyai tadi telah pun bertukar menjadi lebat. Dia agak kesejukan. Badannya mulai menggigil tanpa disedari. Sweaternya pula berada di kem. Joey mengeluh lagi. Kenapa peristiwa ini terjadi kepadanya. Mungkin sebab inilah bapanya menghalang niatnya untuk aktif bergiat dalam aktiviti lasak yang selalu diimpikannya.
“Awak sejuk ke? Nah, pakailah sweater saya.” Joey memandang Zarriq yang sedang menghulurkan sweater padanya. Dia menyambut sweater itu. Walaupun tak pernah dia meminjam sweater daripada seorang lelaki, namun kesejukan yang dirasainya menghalang dirinya untuk membuat pilihan.
“Thanks...”
Sweater disarungkan ke badannya. Terasa selesa sekali. Kesejukan yang dirasainya mula terasa hilang. Joey memandang Zarriq.
“Awak tak sejuk ke?”
“Tak.......” Ringkas jawapan Zarriq. Namun badan Zarriq kelihatan sedikit menggeletar. Joey mula dihantui perasaan bersalah. Dia menanggalkan kembali sweater yang dipinjamkan oleh Zarriq sebentar tadi.
“Nah, pakailah balik sweater ini. Ni kan awak punya.”
Zarriq enggan mengambil sweaternya kembali. Huluran daripada Joey langsung tidak bersambut.
“Tak apalah. Awak pakai je la sweater tu. Saya kan lelaki mesti boleh tahannya..” Zarriq cuba mengukirkan senyuman tanda dia okay dengan keadaan itu.
“Tak naklah. Kalau awak tak nak ambil balik sweater ni, saya pun tak nak pakailah.” Joey meletakkan sweater itu di depan Zarriq.
“Pakailah sweater tu. Nanti awak sakit.”
Joey menggeleng. Dia memang seorang yang keras hati. Susah untuk memaksanya membuat sesuatu kalau dia tidak mahu melakukannya.
“Tak apalah. Kalau awak tak nak pakai sweater tu, saya pun tak nak biar awak kesejukan. Apa kata awak duduk kat sebelah saya. At least, tak adalah sejuk sangat. Kita pun boleh share juga sweater saya. Itu pun kalau awak tak kisah......” Joey serba salah. Dia tak pernah duduk serapat itu dengan mana-mana lelaki yang bukan muhrim.
“Okay tapi janji dengan saya yang awak tak akan apa-apakan saya tau..?” Zarriq tersenyum.
“Awak jangan risaulah. Saya bukan jenis lelaki yang suka ambil kesempatan. Lagipun, kalau saya buat sesuatu kat awak, saya ada banyak peluang. Awak takkan tak sedar yang kita berdua je kat dalam gua ni...?”
Akhirnya, Joey mengalah. Dia memang kesejukan cuma dia tidak mahu menyusahkan Zarriq. Joey bersandar di sebelah Zarriq. Kesejukan mula beransur hilang. Terasa agak selesa sekali bersandar di sebelah Zarriq. Beberapa kali Joey mulai menguap. Kepenatannya mendaki gunung sebentar tadi belum lagi hilang.
“Awak dah mengantuk tu. Tidurlah dulu. Tak apa, saya boleh berjaga lagi.”
Joey memandang Zarriq. Serasanya Zarriq boleh dipercayai. Hujan di luar masih lebat. Walaupun keadaan di dalam gua itu tidak selesa, namun rasa mengantuknya mengatasi semua itu. Dia sudah tidak kisah lagi dengan keadaan gua itu. Tanpa sedar, Joey sudah terlena di sebelah Zarriq.

No comments:

Post a Comment