Thursday, May 3, 2012

PLAYGIRL~ chapter 6

Pendakian pagi itu diteruskan tepat pukul 6.30 pagi. Kesemua mereka sempat membaca doa untuk memudahkan perjalanan mereka untuk mendaki sebelum memulakan pendakian mereka pada pagi itu. Mereka bergerak dalam barisan yang panjang. Tiga orang renjer hutan mengiringi kumpulan pendakian yang seramai 60 orang itu.
Athirah berada di depannya dan Zarriq berada di belakangnya. Zarriq seakan sudah biasa mendaki gunung itu. Dia kelihatan seperti sudah kenal rapat dengan renjer-renjer hutan itu sehinggakan diberi kepercayaan untuk mengawasi kumpulan pendakian itu daripada belakang. Entah kenapa semasa beratur sebentar tadi, Joey dan Athirah terlambat sedikit dan terpaksa berada di bahagian agak belakang dalam kumpulan pendakian itu.
Hampir 2 jam mendaki tanpa henti, mereka berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan. Wajah Joey yang excited pada pagi tadi telah pun bertukar kemerahan. Dia terlalu penat. Tidak terlintas di fikirannya mendaki gunung adalah sepenat ini. Ramai peserta camping itu turut mengeluh kepenatan. Majoritinya adalah yang first time mendaki gunung.
“Irah, aku rasa penat sangat. Tak sangka akhirnya aku dapat mendaki sebuah gunung.” Athirah hanya tersenyum. Akhirnya, impian Joey untuk menyertai aktiviti lasak tercapai juga.
“Baguslah. Akhirnya tercapai juga hasrat kau selama ni kan. So sekarang bagaimana? Seronok tak mendaki gunung..?”
“Seronok sangat-sangat Irah....” Joey tersenyum. Dirinya terasa sangat teruja walaupun dia sebenarnya telah keletihan. Joey meneguk air yang dibawanya. Air di dalam botol itu sudah tinggal separuh namun dahaganya masih belum hilang. Dia ingin menyambung minum namun sempat ditahan oleh Athirah.
“Kenapa kau tak bagi aku minum Irah?”
“Joey, perjalanan kita baru sampai separuh. Nanti bila kau dah sampai ke puncak, kau akan lagi penat daripada sekarang. Masa tu pula air kau dah habis. So bagaimana kau nak tahan diri kau nanti sampai balik ke kem?”
Joey terdiam. Benar juga apa yang diperkatakan oleh Athirah sebentar tadi. Dia hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan tindakan Athirah.

No comments:

Post a Comment